Saturday, May 9, 2015

Hang Mahasiswa #6

Muncul sahaja perkataan 'typing', Hang Mahasiswa menunggu balasan Ayu dengan hati yang gemuruh.

"Hai awak, 
tak buat makan-makan pun. Watpe tu awak?"

"Tgh lepak je kat rumah kawan ni. Haha. Awk buat pe tu? Dah makan?"

"Dah mkn da tdi b4 beli brg2 tadi. Awak dah mkn ke abg sado? "

Hang Mahasiswa malu sambil menekup muka dengan tangannya. Pipinya 'blushing' sambil tersengih seorang diri.

"Dah makan da tadi sebelum jumpa awek cun dalam lif tadi. Hehe."

"Eh, macam kenal je awek tu. haha. Awak, sy nak berehat ye. Penat ckit hari ni. Nnti sy wassap awak balik ye. Bye Iswa, take care "

"Okayh awk. Nak tido lettew. Krooh kroohh "

"Bukanlaa.😅 Hihi. Bye awak."

Tamat perbualan antara Hang Mahasiswa dan Ayu di dalam ruangan aplikasi 'Whatsapp'. Luka hati Hang Mahasiswa terubat sedikit dengan perbualan pendek bersama Ayu sebentar tadi. Senyum.

Matanya berat, badannya penat, barangkali disebabkan penat Hang Mahasiswa berlari menaiki tangga selaju Usain Bolt pagi tadi dan detik seram dan cemas di rumahnya tadi.

Walaupun matanya kuyu seperti ikan puyu, namun bibirnya masih tersenyum menandakan Hang Mahasiswa sudah angau.

Akhirnya Hang Mahasiswa lena dalam keadaan tersenyum. Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Ali Baba Bujang Lapok, tidur dalam iman.

Hang Mahasiswa akhirnya tertidur, bermimpikan Ayu dengan berlatarkan cerita hindustan petang sabtu di TV3 dimana hero dan juga heroin bernyanyi-nyanyi sambil bergelek dan bergulingan di taman dan dengan secara tiba-tibanya orang-orang di taman tersebut turut menari bersama.

Namun di dalam mimpinya, Hang Mahasiswa dan Ayu bernyanyi dan menunggang basikal di Taman Botani Shah Alam yang terletak bersebelahan seksyen 8 Shah Alam.

Penat mengayuh basikal, Hang Mahasiswa dan Ayu berehat sebentar di tasik, menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam flora di tasik tersebut.

Dengan berlatarbelakangkan bunyi-bunyi burung berkicauan, Hang Mahasiswa, yang merupakan johan dalam pertandingan puisi di peringkat sekolahnya, mula menyusun ayat romantis untuk memikat hati si dara.

"Indahnya ciptaan tuhan,
Menciptakan darat dan lautan,
Mencipta pokok dan dedaunan,
Dan juga wajahmu yang menawan.

Bukan harta yang aku cari,
Bukan darjat yang aku hajati,
Namun aku mencari hati,
Yang ikhlas mencintai diri.

Bunga-bunga ditaman indah belaka,
Begitu juga kecantikan di muka,
Namun itu semua sementara,
Tapi cintaku bukan cinta kera."

Hang Mahasiswa berpaling ke arah Ayu. Hang Mahasiswa berjalan, merapati wajahnya ke wajah Ayu, dengan niat untuk mengucupi bibir mulus Ayu. Ayu memberi tindakbalas positif kepada Hang Mahasiswa.

Namun itu semuanya di dalam alam mimpi. Kembali kepada realiti.

Hang Mahasiswa memaut erat tengkuk sahabatnya, Apek dan menarik wajah Apek rapat ke mukanya sambil menjuihkan bibirnya. Apek yang menjadi mangsa mengigau Hang Mahasiswa meronta, cuba untuk meloloskan diri namun Hang Mahasiswa mempunyai kudrat yang lebih kuat.

"Woi! Bangun woi! Ni aku la Apek!" Jerit Apek yang masih cuba untuk meloloskan diri.

bersambung

No comments:

Post a Comment