Saturday, May 9, 2015

Hang Mahasiswa #1

Isnin menjelma, telefon pintar yang kini bukan sahaja digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas, tapi boleh digunakan untuk menjadi apa sahaja seperti bermain permainan video, ber'chatting', melayari laman sesawang dan sebagainya, berdering untuk mengejutkan empunya peranti tersebut.

Namun empunya begitu malas untuk membuka matanya terus mencapai peranti miliknya itu dan mencabut bateri peranti tersebut lalu meneruskan dengkurannya sambil melayari mimpi indah menjadi seorang jurutera yang professional.

Berdengkur dan terus berdengkur.

Lalu
Hang Mahasiswa terjaga dari dengkurnya dan mencari peranti pintarnya dengan bersemangat sekali seperti mencari emas dibalik pasir.

Jumpa peranti dan bateri, Hang Mahasiswa terus memasang bateri tersebut dan menghidupkan peranti tersebut dan kelihatan logo Samsung keluar sebagai permulaan penghidupan perantinya.

Apabila sudah dihidupkan perantinya, perkara pertama yang ingin dicarinya adalah masa yang terletak pada atas kanan peranti tersebut. Melihat pada masa tersebut, Sang Mahasiswa bergegas menukar baju tanpa mandi terlebih dahulu kerana dia sedar dia sudah lambat untuk menghadiri ujiannya.

Selesai bersiap, bagi meng'cover' bau busuk badannya yang tidak mandi, disemburnya perfume yang dibelinya di Pasar 'Carboot' yang hanya dibuka pada hari Ahad pagi di tapak parkir stadium di Seksyen 13, Shah alam, yang seringkali dikerumuni oleh manusia yang bukan sahaja dari Shah Alam tetapi ada juga yang dari Semenyih, Sungai Buloh, dan juga dari Puchong.

Hang Mahasiswa mencapai kunci motornya lalu terus merempit ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di dalam kampusnya iaitu UiTM Shah Alam dengan memakai helmet dengan terbalik tanpa disedarinya kerana sudah kelam kabut.

Setibanya Hang Mahasiswa di parkir motor bahagian belakang fakultinya, dengan hanya meletak helmetnya diantara bakul dan tempat duduk motornya, Hang mahasiswa berlari dengan kelajuan yang boleh dikatakan sama laju dengan Usain Bolt, menaiki tangga dari aras 4 ke aras 8 kerana lif sangat lambat baginya.

Sampainya Hang Mahasiswa ke hasapan dewan peperiksaan aras 8, Hang Mahasiswa terus menolak pintu dewan tersebut dengan perlahan ditakuti mengganggu rakannya yang lain yang sedang menjawab ujian tersebut.

Namun apa yang mengejutkan Hang Mahasiswa, dewan tersebut KOSONG! Hang Mahasiswa kehairanan namun dia duduk sebentar di meja kerusi yang terletak bersebelahan dewan tersebut. Mengambil nafas kerana lelahnya berlari sepantas Usain Bolt masih belum hilang.

Lalu seperti mahasiswa yang lain, beliau keluarkan peranti pintarnya lalu 'connect' dengan wifi "uitmshahalamstudent" dan memasukkan butiran yang diperlukan.

Masuk beberapa pesanan di dalam aplikasi Whatsapp namun fokusnya tertumpu pada pesanan yang terkandung di dalam group kelas yang ingin diadakan ujian tersebut.

*Tap

bersambung

No comments:

Post a Comment