Jeritan Apek tidak memberi kesan kepada Hang Mahasiswa yang hanyut dibuai mimpi indah itu. Apek semakin cemas. Tanpa berfikir panjang, Apek mula mengangkat tangannya dan dihayunnya ke pipi Hang Mahasiswa dengan pantas.
Hayunan itu menghasilkan daya yang tinggi disebabkan mempunyai nilai pecutan atau dinegara barat disebut 'acceleration' yang tinggi kerana tertakluk dengan hukum pergerakan Newton yang kedua, daya bersamaan dengan berat dikalikan dengan nilai pecutan.
Impak yang berlaku di pipi Hang Mahasiswa menyebabkan Hang Mahasiswa mula sedar dari alam mimpinya yang indah itu. Dibuka mata Hang Mahasiswa, dia mendapati wajah Apek berada separuh kaki hampir dengan wajahnya.
Hang Mahasiswa cuba untuk kira-kira apa yang berlaku. Dengan tangannya sedang memaut tengkuk Apek. Lalu dilepaskan sahabatnya itu dan bertanyakan hal yang sebenar.
"Weh, ape jadi weh? Awat aku peluk hang?"
"Hang tu la. Memgigau pastu nak cium aku. Mimpi apa smpi jadi lagu ni? Mimpi basah ka apa?"
Hang Mahasiswa cuba untuk mengingati apa yang dimimpikan namun hanya beberapa 'vision' yang muncul di dalam mindanya namun masih mampu ingat apa yang dimimpikannya. Namun Hang Mahasiswa tidak mahu menceritakan hal tersebut lalu menukar topil perbincangan mereka.
"Pukul bape da Pek?"
"Pukul 1:45 dah. P solat sana. Nak p kelas ni."
"Weh ngantok seyh. Malas la plak aku nak p kelas ni Pek."
"Hang jangan nak malas-malas, lencturer tu kalau ramai xmai, kompem buat kuiz punye."
"Alah, cakap je dlm group nak buat kuiz, mai tgk xdak pon."
"Tapi yang ni die kalau ckp dia buat."
"Haa ye lah. Aku p solat sat."
Hang Mahasiswa dengan masih malas bangun, berjalan menuju ke rumah syaitan. Atau dalam bahasa lembutnya, tandas, untuk mengangkat hadas kecil. Memandang cermin sebentar sambil refleksi diri dan membetulkan rambutnya.
Kepala pili air diputar lawan jam dan Hang Mahasiswa menjerit "Saya putar Halim!" Kedengaran air melalui paip dan menuju ke kepala pili tersebut lalu air keluar mencurah-curah dari mulut pili tersebut.
Niat dipasang, air ditadah, Hang Mahasiswa mula untuk menyucikan diri mengikut rukun wudhu' yang dididik oleh bapanya berbekalkan rotan ketika Hang Mahasiswa masih dalam kalangan kanak-kanak ribena.
Selesai solat zuhur, Hang Mahasiswa termenung, masih lagi dihantui perkara yang berlaku di rumahnya. Mimpinya sebentar tadi semakin jelas dan bibir tersenyum. Senyuman Ayu begitu menarik perhatiannya.
Selesai zikir dan doa, Hang Mahasiswa segera melipat sejadah dan bersiap untuk ke kelas thermodynamic. Seperti pelajar kebanyakan fakulti kejuruteraan, jaket adalah pakaian rasmi untuk ke kelas dan hanya t-shirt berkolar bulat yang bertukar harian.
Hang Mahasiswa pergi dahulu sementara Apek menjemur pakaiannya yang baru siap di 'spin' oleh mesin basuh yang kadangkala digunakan oleh Hang Mahasiswa menumpang basuh di rumah kawannya itu.
Kasut disarung dan Hang Mahasiswa bergegas menuju ke lif dan butang turun ditekan. Akibat lif sibuk dengan menumpang manusia untuk naik dan turun, untuk lif sampai ke aras 9 tersebut adalah lambat.
Untuk 'killing the time', Hang Mahasiswa mengeluarkan peranti nya dan ditekannya butang di sebelah kanan perantinya untuk menghidupkan peranti tersebut. Saat skrin perantinya yang menggunakan teknologi Super AMOLED skrin oleh Samsung, menyalakan visual, lif sudah sampai di aras 9 sambil menunjukkan anak panah ke bawah.
Hang Mahasiswa membatalkan hasratnya untuk melayari aplikasi 'Facebook' dan menyimpan perantinya ke dalam kocek jaketnya. Kaki melangkah ke dalam lif. Butang G ditekan untuk turun ke daratan.
Pintu lif yang berfungsi menggunakan 'sensor' tidak dapat mengesan apa-apa objek di antara pintu lif tersebut lalu menghantar 'signal' kepada sistem. Kemudian arahan dihantar kepada pintu lif tersebut untuk tutup.
Bila berseorangan di dalam lif tersebut, bunyi-bunyi geseran kedengaran dan lif bergerak-gerak adalah normal akan tetapi bagi Hang Mahasiswa yang gemar menonton filem seperti 'Final Destination', dia membayangkan apa akan jadi jika 'cable' yang digunakan lif tersebut putus lalu terjatuh ke bawah sekali dengan pecutan tinggi?
Hang Mahasiswa membuat perkiraan secara kasar dengan menggunakan formula yang dia menuntut di dalam kuliah fizik ketika dia mengambil Diploma dahulu. Kalkulator dikeluarkan dari sisi begnya.
(v^2) = (u^2) + 2as
v=kelajuan akhir sebelum mencecah lantai aras B (parking bawah tanah)
u=kelajuan awal di aras 9= 0
a=nilai pecutan = g (daya graviti kerana bergerak di dalam paksi y) =9.81 m/(s^2)
s= jarak (dalam paksi y, dikira tinggi) = 43meter (anggaran 3.3 meter adalah tinggi setiap aras dan terdapat 10 aras termasuk parkir bawah tanah)
v=kelajuan akhir sebelum mencecah lantai aras B (parking bawah tanah)
u=kelajuan awal di aras 9= 0
a=nilai pecutan = g (daya graviti kerana bergerak di dalam paksi y) =9.81 m/(s^2)
s= jarak (dalam paksi y, dikira tinggi) = 43meter (anggaran 3.3 meter adalah tinggi setiap aras dan terdapat 10 aras termasuk parkir bawah tanah)
v^2 = 0 + 2(9.81)(33)
v=(647.46)^0.5
v=25.45 m/s
= 91.6 km/j
v=(647.46)^0.5
v=25.45 m/s
= 91.6 km/j
Hang Mahasiswa menyimpan kalkukatornya. Bulu roma tengkuknya menegak kerana gerun dengan kelajuan yang boleh meragut nyawanya itu. Namun Hang Mahasiswa hanya mampu diam menunggu destinasinya, aras G.
Sampai sahaja ke aras G, Hang Mahasiswa melangkah keluar, menuju ke motornya yang diparkir di hadapan pondok pengawal Kondominium Kristal tanpa ditahan pengawal yang menjaga pintu pagar utama kondominium tersebut.
Hang Mahasiswa terlihat kelibat seorang pemuda yang bergegas ke blok 3 kondo tersebut yang juga memakai pakaian yang amat-amat dikenalinya. Pakaian yang diperagakan pemuda tersebut sama seperti Hang Mahasiswa malah sikatan rambutnya pun sama sahaja.
"Woi!" Sergah Hang Mahasiswa ke arah pemuda tersebut.
Pemuda tersebut tanpa menoleh ke arah Hang Mahasiswa terus berlari ke blok 3 kondominium tersebut. Hang Mahasiswa terpaku namun untuk menyejukkan hatinya, dia mengatakan itu ilusi sahaja.
-----------------------
Selesai kuliah thermodynamic yang mengajarkan tentang suhu, haba dan sebagainya, Hang Mahasiswa merasa otaknya tepu lalu terus sahaja pulang ke rumah sewanya.
-----------------------
Selesai kuliah thermodynamic yang mengajarkan tentang suhu, haba dan sebagainya, Hang Mahasiswa merasa otaknya tepu lalu terus sahaja pulang ke rumah sewanya.
Sampai sahaja di hadapan rumahnya, ketika Hang Mahasiswa ingin membuka pintu depannya, tombol pintunya sudah tiada dan hanya kesan kopakan di pintu sahaja yang kelihatan.
Keliru dengan apa yang berlaku, Hang Mahasiswa cuba mengintai melalui lubang tombol pintu yang sudah dikopak itu lalu kelihatan....
Bersambung...