Saturday, May 9, 2015

Hang Mahasiswa #2

*Tap

"Ujian postponed pada keesokan hari pada pukul sekian sekian"

Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hati Hang Mahasiswa apabila dikhabarkan ujiannya telah 'postponed' pada keesokan harinya.

Namun
kegembiraan Hang Mahasiswa hanya bertahan selama beberapa saat apabila hidungnya terhidu bau tengik badannya akibat bau peluh dan pewangi bercampur menghasilkan 1 bau yang begitu meloyakan.

Melihat jam pada perantinya menunjukkan pukul 10:17 am dan kelas seterusnuya adalah pukul 2:00 pm. Tanpa membuang masa, Hang Mahasiswa bergegas ke kenderaan beroda duanya dan menghidupkan enjin untuk pulang mandi untuk menghilangkan bau tengik badannya itu. Ditakuti bau badannya mampu mengganti 'cyanide' yang digunakan untuk membunuh penghuni penjara yang dihukum bunuh.

Belum sempat memakai topi keledar keselamatannya yang berjenama MS,yang mempunyai reka bentuk yang simple tetapi banyak digunakan oleh penunggang motosikal, perantinya yang diletakkan dalam poketnya jaket fakultinya bergegar tanpa bunyi kerana di dalam mode 'Silent'.

Hang Mahasiswa mengeluarkan perantinya dan dapati rakannya menghantar gambar kepadanya melalui aplikasi 'Whatsapp'. Dibukanya gambar tersebut dan Hang Mahasiswa terkekek keseorangan.

Kenapa? Itu gambarnya menaiki motosikal dengan memakai helmet terbalik yang sempat ditangkap oleh rakannya itu dengan 'caption':

"Ape terencat kau ni pakai helmet mcm ni jil*ka? Haha"

Hang mahasiswa terus menyarung helmetnya itu dengan cermat dan betul, ditakuti paparazi akan mengambil gambarnya danenyebarkannya di laman sosial seperti baru sahaja dilakukan oleh rakannya itu.

Hang Mahasiswa memulas 'throttle' motornya dan bergegas pulang ke kediamannya yang terletak di flat PKNS blok 40. Destinasinya berubah apabila perutnya memainkan bunyi-bunyi merdu sebagai indikasi kepada kelaparannya.

Hang Mahasiswa singgah sebentar ke gerai makan yang terletak di sebelah tapak pasar malam seksyen 7, yang akan menyesakkan trafik di sekeliling pasar malam tersebut setiap petang Rabu.

Hang Mahasiswa terkesima dengan lauk-pauk yang disediakan oleh gerai tersebut. Ayam goreng, kari dengan bendi, daging gulai dan macam-macam lagi lauk yang terhidang dihadapannya membuat Hang Mahasiswa terpaku selama beberapa detik...

Hang Mahasiswa mengambil bekas polistrin dan mengambil nasi yang masih berwap menunjukkan nasi tersebut baru sahaja di tanak. Penuh polistrin tersebut, Hang Mahasiswa menutup polistrin tersebut lalu mengambil plastik untuk lauk pula. Kelihatan dua tiga orang melihatnya sambil menutup hidup kerana tidak tahan dengan bau tengik badannya itu.

Menyedari hal tersebut, Hang Mahasiswa bergegas ke kaunter untuk membuat pembayaran kepada makcik yang berasal dari luar negara.

"Enam ringgit ya dik" kata makcik itu dengan loghat tanah airnya, Indonesia.

Dirabanya kocek seluarnya namun tidak menjumpai dompetnya. Hang Mahasiswa panik sebentar. Dalam hatinya berkata:

"Ah sudah, mana pulak aku taruk menatang tu."

Makcik kaunter hanya mengerut dahinya melihat gelagat Hang Mahasiswa mencari dompetnya. Kemudian Hang Mahasiswa meraba kocek jaketnya. Namun nasibnya baik kerana ada not RM10 tersorok di kocek jaketnya. Selesai membuat pembayaran, baki pun dipulangkan dan Hang Mahasiswa bergegas pulang ke rumah sewa nya yang terletak di aras 2.

Plastik makanan tersebut diletakkan di atas meja di dapurnya dan Hang Mahasiswa terus ke kamar mandi untuk menghilangkan bau tengik badannya. Shower dibuka dan Hang Mahasiswa terus mendendangkan lagi yang popular pada masa kini yang didengarnya di gerai makan sebentar tadi.

"Sakitnya tuh disini, di dalam hatiku.." Dengan meng'high pitch'kan suaranya seakan suara hawa dan menggunakan berus gigi sebagai mikrofon dan berkata dalam hati:

"Sedap jugak suara aku ni, kalau join Akedemi Fantasia sure menang punya"

Selesai mandi, Hang Mahasiswa menyarung seluar pendeknya dan bergegas ke dapur untuk makan. Namun Hang Mahasiswa terkejut dengan apa yang dilihatnya...

Bersambung

No comments:

Post a Comment