Saturday, May 9, 2015

Hang Mahasiswa #5

Sedang leka Hang Mahasiswa mempersembahkan tariannya di hadapan lif itu, pintu lif terbuka dan terpacullah muka sahabatnya Mohamad Afiq Bin Ariff atau nama timangannya Apek.

Apek hanya tergamam dengan tarian Hang Mahasiswa yang tidak kalah seperti penari K-Pop masa kini, cuma tariannya kaku seperti kayu. Lalu Apek menegur

"Weh, kalau hang nak menari kat sini sampai esok, aku nek dulu."

Hang Mahasiswa terkejut lalu
menamatkan tariannya dengan langkah silat seni gayung yang pernah dituntutnya ketika di sekolah menengah beberapa tahun yang lalu. Dia bergegas masuk ke dalam lif.

"Aku nak pi rumah hang ni." kata Hang Mahasiswa dengan loghat utara yang tidak berapa menjadi itu kerana tanah airnya di Johor Bharu atau nama lain yang lebih hipster 'Jaybee'.

"Awat hang tak roger aku nak mai. Hang nak buat seprais ka kat aku?"

"Bukan, ade benda aku nak habaq kt kat hang ni. Tapi tunggu la sampai umah hang dulu."

"Ha ye la. Hang habaq mai skali awat hang dok menari macam orang terencat kat depan lif tadi."

Setibanya mereka berdua ke rumah Apek yang terletak di aras 9, Hang Mahasiswa menceritakan apa yang berlaku di rumahnya. Apek seakan tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Hang Mahasiswa seolah-olah ceritanya karut belaka.

"Hang ni biaq btol. Mana ada hantu siang-siang ni. Hang jangan wat teghuk!"

"Ya Allah, sumpah aku tak kencing hang. Buat apa aku nak tipu hang? Bukan aku dapat apa pon."

"Tapi hang ni bukan kaki kencing ka? Datang umah aku pun bau hancing."

"Ok kali ni aku x tipu hang."

"Ok2. Nanti hang balik rumah, hang buat la baca-baca ka, azan ka, baca yasin ka, biaq keluaq segala jin ada kat umah hang tu. "

"Tunggu la budak-budak umah aku balik nanti. Seram aku nak duduk sensorang kat umah tu."

"Ha elok. Ni klas thermo pukui dua ni hang pi dak?"

"Aku pi la klas petang ni. Insaf aku nak monteng lagi."

"Hang da kena kacau baru nak insaf."

"Haha. Weh, aku dapat nombor awek bawah umah kau dowh, pasni memang rajin le aku nak jenguk kau kat sini. Kehkeh"

"Awek mana hang ni? Weh bak mai la kongsi ngan aku. Cun tak?"

"Sori bro, usaha tangga kejayaan."

"Ah hang ni kedekut. Taik hidung masin! Memang patut pun hilang lauk hang tu."

Mereka berdua gelak sakan. Apek bergegas ke dapur untuk tanak nasik dan goreng ayam 'drummet'.
Hang Mahasiswa mengeluarkan perantinya untuk melihat masa. Pukul 12:30 pm. Masih ada masa lagi untuk dia bermalasan di rumah sahabatnya itu.

Lalu Hang Mahasiswa keluarkan cebisan kertas yang diberikan Ayu kepadanya. Bau wangi pada cebisan kertas itu masih lagi terbau oleh Hang Mahasiswa. Di sedutnya kuat-kuat seperti penghidu gam kasut. (Kepada para pembaca, Hidu gam membahayakan kesihatan).

Di masukkan nombor telefon Ayu ke dalam perantinya dan di simpan ke dalam buku telefon sebagai Ayu di dalam perantinya. Wajah Ayu masih terbayang-bayang di mindanya.

Hatinya terusik.

Selepas di'save' ke dalam perantinya, Hang Mahasiswa membuka aplikasi 'Whatsapp' dan berharap agar Ayu adalah seorang gadis yang 'up-to-date' dengan 'trend' terkini.

Dup dap. Jantung Hang Mahasiswa berdegup laju. Adakah ini dikira sebagai cinta pandang pertama? Soal Hang Mahasiswa di dalam hati.

Di'scroll' halaman 'contact' dan mula mencari perkataan Ayu.

-Awang U
-Awie U
-Ayah
-Ayam MRSM
-Ayie U
-Ayu

Lalu nama Ayu di sentuh lalu keluarlah di skrinnya 'chatbox' untuk Hang Mahasiswa dan Ayu berbalas mesej. Di lihatnya gambar Ayu di atas kanan skrin perantinya.

Namun gambar yang digunakan Ayu adalah gambar Ayu bersama seorang lelaki yang Hang Mahasiswa tidak kenali. Mereka kelihatan mesra. Hang Mahasiswa membuat konklusi awal itu adalah teman lelaki Ayu.

Hati Hang Mahasiswa sakit. Terasa dirinya tertipu. Pelbagai soalan timbul di dalam fikirannya. Adakah harapan yang diberikan Ayu adalah palsu? Apakah maksud disebalik senyuman Ayu tadi? Adakah tidak wujud cinta pandang pertama? Adakah aku syok sendiri? Adakah aku akan jadi 'forever alone?' sampai aku mati?

Terasa air matanya mengalir ke pipinya. Hal ini disedari oleh Apek. Apek yang sedang goreng 'drummet' menjadi panik.

"Weh, hang ni jangan la nangih sebab lauk hang tu. kalau hang lapaq makan ngan aku skali nak?"

"Takpa la Pek, aku da makan da tadi kat umah. Aku nak tido sat. Nanti nak pi kelas hang kejut aku."

Tanpa banyak soal, Apek mengangguk dan sambung masak 'drummet' di dapur yang menghasilkan bau harum yang menyelerakan. Namun bau tersebut tidak menarik perhatian Hang Mahasiswa.

Apek dan Hang Mahasiswa sudah berkawan sejak diploma di UiTM Pulau Pinang lagi. Apek begitu memahami kerenah dan perangai sahabatnya itu. Kalau disoal banyak kali, sudah pasti air mata Hang Mahasiswa lagi deras mengalir. Lalu dibiarkan sahaja Hang Mahasiswa menenangkan dirinya.

Hang Mahasiswa hanya terbaring di ruang tamu. Ditenung skrin perantinya lama-lama. Walaupun Hang Mahasiswa sudah putus asa, namun dia masih juga ingin menegur Ayu di dalam 'Whatsapp'. Mencuba nasib.

"Hye, bila nak buat makan-makan? smile emoticon "

Selepas menghantar mesej tersebut, kelihatan di bahagian bawah nama Ayu bertukar menjadi 'Online' dan di tepi mesej tersebut tertera 'double-tick' berwarna biru, tanda Ayu sudah membaca mesej tersebut. Lalu status 'online' di bawah nama Ayu bertukar menjadi 'typing..'

Bersambung...

No comments:

Post a Comment